Wednesday, October 10, 2007

IMPAK BANJIR TERHADAP PENDAPATAN GOLONGAN PENIAGA DI KOTA TINGGI, JOHOR


KAJIAN KE ATAS GOLONGAN PENIAGA YANG TERKESAN AKIBAT BANJIR.

Pada penghujung tahun 2006 dan awal 2007, Malaysia dikejutkan dengan peristiwa banjir besar yang melanda negeri Johor. Negeri Johor merupakan negeri yang terjejas teruk akibat daripada banjir ini.

Banjir gelombang pertama pada 19 Disember telah menenggelamkan hampir keseluruhan bandar Kota Tinggi termasuklah bank, kedai-kedai dan kompleks membeli-belah. Namun banjir gelombang kedua bermula dari 11 Januari 2007 lebih dahsyat kerana hampir menerjah masuk ke Hospital Daerah Kota Tinggi (HDKT). Ini terjadi berikutan angin monsun Timur Laut yang bertiup dari bulan Oktober hingga Mac menyebabkan hujan lebat telah melanda seluruh negeri Johor selama hampir seminggu sehingga air sungai tidak mampu lagi menampungnya. Hampir 12,000 orang dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan yang terpaksa dibuka dua kali kerana banjir telah melanda sebanyak dua kali.

KaJiAN PeNYeLiDIkAn:

Pada 31 ogos hingga 2 september 2007, saya telah menyertai kumpulan penyelidik dari program Sains Pembangunan, UKM untuk menjalankan penyelidikan bagi kursus Demografi dan Pembangunan SKAD3193 di bawah seliaan Puan Marsitah binti Mohd Radzi.
Kajian ini memfokuskan impak banjir kepada golongan peniaga di mana golongan ini lebih terkesan akibat banjir yang berlaku baru-baru ini. Kajian telah di lakukan di Bandar Kota Tinggi, Johor. beberapa penemuan kajian telah di nyatakan.

OBJEKTIF KAJIAN

i. Kesan banjir terhadap sumber pendapatan golongan peniaga
ii. Tempoh yang diambil untuk memulakan perniagaan selepas banjir.
iii. Pandangan pekerja terhadap gaji dan pelanggan selepas banjir.


SKOP KAJIAN

Kota Tinggi merupakan salah sebuah daerah di negeri Johor, Malaysia. Bandar Kota Tinggi terletak di muara Sungai Johor. Jarak Kota Tinggi lebih kurang 40 km dari bandaraya Johor Bahru. Keluasan daerah Kota Tinggi ialah 3488.7 kilometer persegi. Aktiviti ekonomi utama bagi daerah ini ialah perladangan seperti kelapa sawit dan pertanian di samping terdapat kegiatan lain seperti perikanan yang terdapat di pesisiran pantai seperti di Tanjung Sedili. Aktiviti ekonomi yang lain ialah seperti perlombongan dan perniagaan (http://ms.wikipedia.org/wiki/Kota_Tinggi). Kajian di lakukan di Negeri Johor untuk melihat impak banjir terhadap golongan peniaga.

Kajian telah di buat terhadap beberapa responden yang terdiri daripada golongan peniaga yang di pilih secara bersampelan bertujuan secara rawak. Kesemua responden ini terlibat dalam perniagaan seperti perniagaan warung, kedai runcit, kedai bunga, kedai cakera padat (CD) dan kedai kain yang mengusahakan perniagaan di bandar Kota Tinggi, Johor.



PENEMUAN KAJIAN

Hasil dari kajian didapati banjir memberikan impak yang besar dan negatif kepada golongan peniaga.

I. Anggaran kerugian yang di tanggunggan oleh para peniaga di Kota Tinggi adalah di antara RM 1000 hingga RM 50,000 mengikut jenis perniagaan.

II.Kebanyakkan peniaga mengambil tempoh yang agak singkat umtuk menjalankan kembali perniagaan mereka iaitu antara 3 hingga 6 bulan.

III.Kerosakkan yang paling ketara terpaksa di tanggung oleh para peniaga adalah dari segi kerosakkan peralatan dan barang niaga. Antaranya peralatan perniagaan dan barang niaga seperti kain dan cakera padat.
-Hasil dari kajian yang di lakukan, 70% golongan peniaga terpaksa menanggung kerugian barang niaga.

IV.Kajian juga mendapati bahawa kebanyakan peniaga terpaksa menggunakan modal sendiri untuk memulihkan kembali perniagaan mereka. Walaupun terpaksa menanggung kesan banjir, bilangan pelanggan di kedai mereka tidak berkurangan kerana para peniaga ini mementingkan barangan yang berkualiti untuk para pelanggan.

v. Hasil kajian juga mendapati terdapat beberapa pertubuhan yang prihatain terhadap nasib golongan peniaga di Johor tampil untuk memberikan sumbangan seperti Majlis Agama Islam.

Masyarakat terutamanya golongan peniaga perlu membuat perancangan dan persediaan untuk menghadapi cabaran yang tidak dapat di duga seperti banjir. contohnya dengan membeli insurans.

No comments: