Friday, October 26, 2007

Check out my Slide Show!

Imej satelit




Gambar-gambar satelit cuaca MTSAT ditunjukkan. Di Johor pembentukan awan perolakan bermula selepas 2.30 petang di kawasan penhujung selatan negeri tersebut. Diantara 3.30 dan 5.30 petang satu kelompok awan ribut menjadi lebih intens (berwarna merah dalam gambar satelit) yang menghasilkan ribut petir dan hujan lebat dikawasan bandar Johor Baru.

Tuesday, October 23, 2007

Pertumbuhan Penduduk dan Dinamika Kependudukan




Pertumbuhan penduduk akan selalu dikaitkan dengan tingkat kelahiran, kematian dan perpindahan penduduk atau migrasi baik perpindahan ke luar maupun ke luar. Pertumbuhan penduduk adalah peningkatan atau penurunan jumlah penduduk suatu daerah dari waktu ke waktu.


Pertumbuhan penduduk yang minus bererti jumlah penduduk yang ada pada suatu daerah mengalami penurunan disebabkan oleh banyak hal. Pertumbuhan penduduk meningkat jika jumlah kelahiran dan perpindahan penduduk dari luar ke dalam lebih besar dari jumlah kematian dan perpindahan penduduk dari dalam ke luar.
Dinamika kependudukan adalah perubahan kependudukan untuk suatu daerah tertentu dari waktu ke waktu.
Rumus menghitung pertumbuhan penduduk :
p = (I - m) + (i - e)
Keterangan lengkap :
- p = pertumbuhan penduduk
- l = total kelahiran
- m = total kematian
- e = total emigran atau pendatang dari luar daerah
- i = total imigran atau penduduk yang pergi
Sumber: http://organisasi.org/pertumbuhan_penduduk_dan_dinamika_kependudukan

DASAR KEPENDUDUKAN MALAYSIA KE ARAH 70 JUTA PENDUDUK

Matlamat kependudukan 70 juta telah disarankan oleh Y.A.B. Perdana Menteri Seri Dr. Mahathir Mohamed ketika beliau berucap di Perhimpunan Agung UMNO dalam bulan September 1982. Beliau berpendapat bahawa Malaysia akan lebih berjaya dengan penduduk sebanyak 70 juta. Saranan ini kemudiannya telah dijelaskan dan dikemukakan sekali lagi oleh beliau dalam ucapan semasa membentangkan kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Keempat pada 29hb. Mac 1984. Matlamat kependudukan ini diharapkan dicapai dalam tempoh 115 hingga 120 tahun.


Rasional Dasar Kependudukan Malaysia.

Jumlah penduduk Malaysia adalah masih kecil dan ada faedah-faedah besar jika kependudukan Malaysia dibesarkan dalam jangka perancangan di atas. Jika dibandingkan dengan negara-negara lain, Malaysia dengan kawasan yang seluas 334,000 km persegi mempunyai penduduk sebanyak 45 juta, Negeri Thai dengan kawasan seluas 514,000 km persegi mempunyai penduduk sebanyak 50 juta dan Republik Indonesia dengan kawasan tanah 2,027,087 km persegi mempunyai sebanyak 150 juta.

Rasional untuk mencapai matlamat kependudukan 70 juta adalah untuk menyediakan satu asas permintaan dan pasaran bagi keluaran industri-industri tempatan. Ini akan menwujudkan keadaan persaingan dalam pasaran dan selanjutnya akan meninggikan daya dan mutu pengeluaran untuk eksport. Pertumbuhan adalah dianggap sebagai modal yang utama untuk kemajuan ekonomi dan sosial sesebuah negara, disamping itu ianya juga dapat meningkatkan daya pengeluaran ekonomi. Dengan yang demikian, adalah wajar angkubah-angkubah demografik ini diambil kira di dalam perancangan pembangunan untuk mempastikan kemajuan ekonomi dan pertumbuhan kebajikan yang berterusan.

Menurut Laporan Pembangunan Dunia (World Develop-ment Report) yang diterbitkan oleh Bank Dunia dalambulan Julai 1983, penduduk Malaysia akan dijangka menjadi 33 juta dalam tahun 2120. Unjuran-unjuran ini dibuat berdasarkan kepada kadar pertumbuhan kependudukan sebanyak 2.0% setahun (1980-2000) atas andaian kadar kesuburan yang berkurangan secara sederhana. Laporan ini selanjutnya menunjukkan penduduk Malaysia akan bertambah menjadi 17 juta dalam tahun 1990 dan mencapai jumlah 21 juta dalam tahun 2000. Unjuran-unjuran Bank Dunia ini tidaklah selari dengan matlamat penduduk 70 juta sekarang yang dijangkadicapai dalam tahun 2100. Sumber : Pejabat Perdana Menteri

Banjir: Peningkatan Risiko dan Pendedahan Masyarakat Bandar

Manusia kini telah tiba pada satu peringkat evolusinya apabila kemajuan teknologi membolehkannya mempengaruhi dan mengawal banyak aspek alam semula jadinya. Justeru itu, manusia telah dapat memainkan peranan yang lebih besar dalam penetuan masa depan tamadun. Walaupun manusia masih belum dapat mengawal berbagai-bagai fenomena alam semula jadi seperti kejadian hurikan, taufan, letusan gunung berapi dan gempa bumi, kemajuan teknologi telah membolehkan manusia memodifikasikan dan mengubahkan pelbagai fenomena alam seperti hujan (melalui pembuatan ‘hujan tiruan), aliran permukaan (melalui pengawalan guna tanah), kemarau dan bekalan air (melalui pengairan dan saliran), cuaca dan iklim (melalui pencemaran dan pembandaran) dan lain-lain.
Banjir hanya menjadi bahaya apabila melibatkan masyarakat manusia, khususnya kejadian banjir yang berlaku di kawasan berpenduduk padat yang berpotensi mengakibatkan kehilangan nyawa dan kemusnahan harta benda. Oleh itu bahaya banjir ialah potensi ancamannya.




Bahaya banjir boleh berubah menjadi buruk sehingga dianggap ‘bencana banjir’, apabila kesannya mengakibatkan kemusnahan besar dan/atau kehilangan nyawa manusia yang signifikan. Dalam sesuatu bencana banjir, hampir seluruh masyarakat manusia menjadi mangsa. Sistem-sistem sokongan dalam masyarakat tersebut menjadi terjejas dan mekanisme penyesuaiannya juga musnah. Lazimnya, kehilangan nyawa adalah tinggi.
Dalam usaha giat mencapai taraf perindustrian, Malaysia mungkin akan terjatuh ke dalam ranjau seperti yang telah menimpa kebanyakan negara maju pada suatu ketika dahulu. Misalnya, Britain dan Amerika Syarikat telah mengalami pertambahan kadar kerosakan harta benda dan kehilangan jiwa sebagai akibat kejadian banjir dan hal ini terjadi kerana kadar pembangunan yang pesat di dataran-dataran banjir.
Tambahan lagi, pembangunan yang pesat lazimnya menitikberatkan aspek-aspek ekonomi dengan mengorbankan aspek-aspek perlindungan banjir. Hal ini mewujudkan strategi pembangunan tidak seimbang yang mengorbankan prinsip-prinsip perlindungan dan pemeliharaan alam sekitar.
Berdasarkan hasrat dan objektif kerajaan yang terkandung di dalam wawasan 2020nya, Malaysia akan meningkatkan lagi usaha-usahanya di dalam perindustrian dan mempercepat lagi kadar pembangunan ekonominya dalam tahun-tahun 1990-an sehingga tahun 2020.
Justeru itu, semakin banyak kawasan dataran banjir akan dibangunkan dan lebih banyak harta benda, kemudahan awam dan infrastruktur akan menjadi terdedah kepada banjir. http://members.tripod.com/~znr/rencana1.htm

Wednesday, October 10, 2007

IMPAK BANJIR TERHADAP PENDAPATAN GOLONGAN PENIAGA DI KOTA TINGGI, JOHOR


KAJIAN KE ATAS GOLONGAN PENIAGA YANG TERKESAN AKIBAT BANJIR.

Pada penghujung tahun 2006 dan awal 2007, Malaysia dikejutkan dengan peristiwa banjir besar yang melanda negeri Johor. Negeri Johor merupakan negeri yang terjejas teruk akibat daripada banjir ini.

Banjir gelombang pertama pada 19 Disember telah menenggelamkan hampir keseluruhan bandar Kota Tinggi termasuklah bank, kedai-kedai dan kompleks membeli-belah. Namun banjir gelombang kedua bermula dari 11 Januari 2007 lebih dahsyat kerana hampir menerjah masuk ke Hospital Daerah Kota Tinggi (HDKT). Ini terjadi berikutan angin monsun Timur Laut yang bertiup dari bulan Oktober hingga Mac menyebabkan hujan lebat telah melanda seluruh negeri Johor selama hampir seminggu sehingga air sungai tidak mampu lagi menampungnya. Hampir 12,000 orang dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan yang terpaksa dibuka dua kali kerana banjir telah melanda sebanyak dua kali.

KaJiAN PeNYeLiDIkAn:

Pada 31 ogos hingga 2 september 2007, saya telah menyertai kumpulan penyelidik dari program Sains Pembangunan, UKM untuk menjalankan penyelidikan bagi kursus Demografi dan Pembangunan SKAD3193 di bawah seliaan Puan Marsitah binti Mohd Radzi.
Kajian ini memfokuskan impak banjir kepada golongan peniaga di mana golongan ini lebih terkesan akibat banjir yang berlaku baru-baru ini. Kajian telah di lakukan di Bandar Kota Tinggi, Johor. beberapa penemuan kajian telah di nyatakan.

OBJEKTIF KAJIAN

i. Kesan banjir terhadap sumber pendapatan golongan peniaga
ii. Tempoh yang diambil untuk memulakan perniagaan selepas banjir.
iii. Pandangan pekerja terhadap gaji dan pelanggan selepas banjir.


SKOP KAJIAN

Kota Tinggi merupakan salah sebuah daerah di negeri Johor, Malaysia. Bandar Kota Tinggi terletak di muara Sungai Johor. Jarak Kota Tinggi lebih kurang 40 km dari bandaraya Johor Bahru. Keluasan daerah Kota Tinggi ialah 3488.7 kilometer persegi. Aktiviti ekonomi utama bagi daerah ini ialah perladangan seperti kelapa sawit dan pertanian di samping terdapat kegiatan lain seperti perikanan yang terdapat di pesisiran pantai seperti di Tanjung Sedili. Aktiviti ekonomi yang lain ialah seperti perlombongan dan perniagaan (http://ms.wikipedia.org/wiki/Kota_Tinggi). Kajian di lakukan di Negeri Johor untuk melihat impak banjir terhadap golongan peniaga.

Kajian telah di buat terhadap beberapa responden yang terdiri daripada golongan peniaga yang di pilih secara bersampelan bertujuan secara rawak. Kesemua responden ini terlibat dalam perniagaan seperti perniagaan warung, kedai runcit, kedai bunga, kedai cakera padat (CD) dan kedai kain yang mengusahakan perniagaan di bandar Kota Tinggi, Johor.



PENEMUAN KAJIAN

Hasil dari kajian didapati banjir memberikan impak yang besar dan negatif kepada golongan peniaga.

I. Anggaran kerugian yang di tanggunggan oleh para peniaga di Kota Tinggi adalah di antara RM 1000 hingga RM 50,000 mengikut jenis perniagaan.

II.Kebanyakkan peniaga mengambil tempoh yang agak singkat umtuk menjalankan kembali perniagaan mereka iaitu antara 3 hingga 6 bulan.

III.Kerosakkan yang paling ketara terpaksa di tanggung oleh para peniaga adalah dari segi kerosakkan peralatan dan barang niaga. Antaranya peralatan perniagaan dan barang niaga seperti kain dan cakera padat.
-Hasil dari kajian yang di lakukan, 70% golongan peniaga terpaksa menanggung kerugian barang niaga.

IV.Kajian juga mendapati bahawa kebanyakan peniaga terpaksa menggunakan modal sendiri untuk memulihkan kembali perniagaan mereka. Walaupun terpaksa menanggung kesan banjir, bilangan pelanggan di kedai mereka tidak berkurangan kerana para peniaga ini mementingkan barangan yang berkualiti untuk para pelanggan.

v. Hasil kajian juga mendapati terdapat beberapa pertubuhan yang prihatain terhadap nasib golongan peniaga di Johor tampil untuk memberikan sumbangan seperti Majlis Agama Islam.

Masyarakat terutamanya golongan peniaga perlu membuat perancangan dan persediaan untuk menghadapi cabaran yang tidak dapat di duga seperti banjir. contohnya dengan membeli insurans.